Famili Duo kembali menceriakan hujung minggu anda dengan musim terbaharunya bermula 9 malam ini di TV3. Masih mengekalkan pasangan selebriti yang mempunyai pertalian darah sebagai peserta, mereka terdiri daripada Ara Johari dan Shaffiq Erwin yang juga sepupu, Ayda Jebat dan Fyna Jebat (adik-beradik); Bella Astillah dan Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi dan Fareed PF K-Clique (adik-beradik), Sissy Imann dan Naim Daniel (sepupu), Siti Sairah dan Siti Saida (adik-beradik) serta Yamani Abdillah dan Zaki Yamani (adik-beradik).
Setiap minggu peserta diberikan tugasan dengan tema berbeza bagi merebut hadiah mingguan berjumlah RM10,000. Pemarkahan ditentukan juri tetap - Ajai dan Mas Idayu - iaitu sebanyak 80% dengan baki 20% daripada undian atas talian oleh penonton. Empat pasangan yang berjaya mara ke pusingan akhir bagi musim ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000.
Famili Duo dikendalikan Janna Nick dan Sean Lee.
#FamiliDuo